Pasaran Kriptowang NiceHash Digodam – Matawang Kripto Berjumlah $60 Juta Mungkin Dicuri

Pasaran Kriptowang NiceHash Digodam – Matawang Kripto Berjumlah $60 Juta Mungkin Dicuri

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

NiceHash, salah sebuah pasaran kriptowang yang cukup popular dikalangan pelombong matawang kripto telah mengumumkan bahawa dompet digital mereka telah digodam, dan dikatakan bahawa sejumlah besar kriptowang telahpun dicuri.

Laporan ini dikeluarkan selepas laman web NiceHash tersebut tidak boleh diakses selama beberapa jam, dan pengguna-pengguna laman tersebut mendapati bahawa dompet kriptowang mereka telah dikosongkan tanpa pengetahuan mereka.

Pihak NiceHash tidak menyatakan berapa banyak kriptowang yang dicuri, tetapi berdasarkan alamat dompet yang dikongsikan oleh para pengguna NiceHash, didapati bahawa ada kebarangkalian besar bahawa sebanyak 4736 BTC dicuri, dianggarkan bernilai $60 juta.

Buat masa ini, pihak NiceHash dikatakan sedang bekerjasama dengan pihak penguatkuasa untuk menentukan bagaimana godaman tersebut berlaku, dan menyarankan para pengguna mereka untuk menukar kata laluan supaya insiden yang sama tidak berulang.

Adakah anda diantara yang terkesan oleh godaman NiceHash ini? Berapa banyak Bitcoin anda yang telah dicuri?


TIPS & ULASAN