Cari @ Amanz

Ketika di lapangan terbang anda mungkin menyedari kapal terbang yang dinaiki tidak boleh bergerak ke belakang dari pintu pelepasan tanpa bantuan. Enjin jet hanya membolehkan pesawat bergerak ke hadapan. Oleh itu kenderaan penolak digunakan. Akibatnya banyak pesawat menghabiskan masa menanti untuk ditarik sebelum boleh melakukan pelepasan.

Roda elektrik WheelTug yang dikeluarkan oleh Striling Dynamics telah dibangunkan untuk pesawat Boeing 737. Dengan roda elektrik ini, pesawat paling popular di dunia ini boleh bergerak dengan kuasa sendiri. Ini dapat mengurangkan masa purata menanti sekitar 13 minit. Sumber kuasa untuk WheelTug adalah dari sistem APU (auxilary power unit) di buritan kapal. Buat masa ini WheelTug masih di dalam ujian bagi memastikan ia selamat digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd