Pangkalan Data Obike Digodam – Maklumat Peribadi Pengguna Di Seluruh Dunia Tertiris

Pangkalan Data Obike Digodam – Maklumat Peribadi Pengguna Di Seluruh Dunia Tertiris

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Obike, perkhidmatan perkongsian basikal hadir di Malaysia baru-baru ini, menjanjikan para pengguna kebolehan untuk menyewa basikal dengan mudah dan pantas. Syarikat tersebut juga dikatakan salah satu daripada syarikat perkongsian basikal terbesar di dunia.

Baru-baru ini, CNet telah melaporkan bahawa pangkalan data Obike telah digodam, dan maklumat peribadi pengguna perkhidmatan tersebut, seperti nama, butiran kenalan, gambar profil dan lokasi pengguna.

Data yang digodam tersebut didapati terbuka selama beberapa minggu, tetapi tirisan tersebut ditemui oleh penyelidik sekuriti dari Taiwan sejak bulan Jun tahun ini. Apabila dihubungi, pihak Obike tidak memberikan sebarang jawapan mengenainya.

Tirisan tersebut kini telah ditutup, dan menurut Obike, ia disebabkan oleh lubang yang terdapat didalam sistem API referral mereka. API tersebut kini sudahpun dinyahaktifkan, Mereka berkata lagi bahawa hanya segelintir pengguna sahaja yang terkesan oleh tirisan ini, walaupun pangkalan data yang tertiris tersebut ialah pangkalan data global.

Jika anda pengguna aplikasi Obike, kami sarankan anda sekurang-kurangnya menukar kata laluan pengguna anda untuk mengelakkan akaun anda digodam.


TIPS & ULASAN