MediaTek Mengumumkan Sokongan Untuk Android Go

MediaTek Mengumumkan Sokongan Untuk Android Go

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Android Go dilancarkan dua hari yang lalu untuk peranti dengan spesifikasi rendah. Ia kali pertama diperlihatkan ketika acara Google I/O pada bulan Julai yang lalu. Pihak Qualcomm telah mengesahkan sokongan mereka dan hari ini tiba giliran MediaTek untuk turut melakukan perkara yang sama.

Android Go

Pemproses MediaTek MT6739, MT6737 dan MT6580 adalah tiga pemproses yang disahkan menyokong Android Go setakat ini. Dengan sokongan ini peranti kelas permulaan dengan sistem operasi terkini Android akhirnya boleh dimiliki oleh lebih banyak pengguna. Sebelum ini mereka turut bekerjasama dengan Google di bawah program GMS Express yang mempercepatkan proses kemaskini Android peranti yang menggunakan pemproses MediaTek.


TIPS & ULASAN