Xiaomi Redmi 5 Dan 5 Plus Dilancarkan – Peranti Skrin 18:9 Dengan Harga Bawah RM 500

Xiaomi Redmi 5 Dan 5 Plus Dilancarkan – Peranti Skrin 18:9 Dengan Harga Bawah RM 500

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Peranti Xiaomi Redmi 5 dan 5 Plus kini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Kedua-duanya adalah peranti dengan rekaan 18:9 mampu milik mereka yang pertama. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam, mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan menggunakan pelancar MIUI 9.

Redmi 5

Xiaomi Redmi 5 dilengkapi skrin  5.7″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori 2/3 GB RAM dan storan 16/32 GB. Dari segi kamera pula ia mempunyai kamera utama sebesar 12-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel dengan flash terbina. Sebuah bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini.

XiaomI Redmi 5Xiaomi Redmi 5 Plus Pula dilengkapi skrin 5.99″ IPD LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 625, memori 3/4GB RAM dan storan 32/64GB. Dari segi kamera pula ia mempunyai kamera utama sebesar 12-Megapixel dan kamera hadapan 5-Megapixel dengan sokongan flash. Sebuah bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti ini.

Harga jualan untuk Xiaomi Redmi 5 bermula dari RMB 799 (~RM 493) manakala untuk Redmi 5 Plus pula ialah RMB 999 (~RM 616) sebuah.


TIPS & ULASAN