Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana pengguna di kawasan Ampang dan Keramat menghadapi masalah gangguan internet. Masalah ini dihadapi oleh kerana kabel terpotong tanpa sengaja ketika kerja-kerja berkaitan jalan-raya di Keramat pada 4 Disember 2017 lepas.
Telekom Malaysia mengatakan mereka telah mengambil langkah-langkah yang berkaitan, dan dijangka akan menyelesaikannya menjelang penghujung hari 7 Disember 2017 ini.
Bagi anda yang berdekatan dengan kawasan Ampang dan Keramat, adakah anda merasakan akses internet yang sangat perlahan pada hari ini?