Shopee Menawarkan Barangan Serendah RM 12 Pada 12 Disember Ini – Termasuklah OPPO F5 & LG TV

Shopee Menawarkan Barangan Serendah RM 12 Pada 12 Disember Ini – Termasuklah OPPO F5 & LG TV

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Seperti yang kita tahu, sebelum ini terdapat beberapa tarikh keramat seperti Singles Day dan Black Friday di mana kedai-kedai atas talian telah mempromosikan barangan mereka dan ada juga pengguna terlepas peluang untuk membuat pembelian mereka. Tetapi jangan risau kerana Shopee akan mengadakan promosi ini pada 12 hingga 14 Disember ini sempena ulangtahun mereka. Ini bermakna anda diberi peluang sekali lagi untuk membeli belah di atas talian mereka dengan tawaran promosi yang terbaik sempena Ulangtahun Shopee.

Shopee Mamak.

Shopee akan mengadakan lelongan atas talian sepanjang promosi itu berlangsung dimana anda boleh membeli TV, telefon bimbit dan banyak lagi dengan harga bermula daripada RM12 sahaja. Lelongan ini mempunyai dua slot iaitu pada 11 pagi hingga 12 tengah hari, dan 1 petang hingga 3 petang di akaun rasmi mereka.

Tawaran ini akan diadakan menerusi Shopee Mamak.


Shopee Shocking Sale

Selain itu, apa yang lebih mengujakan lagi apabila Shopee juga menawarkan anda koleksi-koleksi barangan khas semuanya dengan hanya RM12 sahaja. Tawaran ini boleh didapati pada 5 slot yang telah dijadualkan iaitu pada 12 tengah malam, 8 pagi, 12 tengah hari, 4 petang dan 8 malam.

Sempena ulangtahun Shopee pada 12 Disember ini, para pengguna Shopee akan mendapat servis penghantaran percuma dengan perbelanjaan serendah RM20. Mereka juga bermurah hati ingin memberi baucar percuma bernilai tinggi pada 6 masa berbeza iaitu 12 tengah malam, 8 pagi, 12 tengah hari, 3 petang dan 10 malam sepanjang hari itu. Jadi, jangan ketinggalan untuk melihat baucar apa yang akan ditawarkan kepada anda.

Dan bagi para pengguna Shopee yang telah berbelanja sekurang-kurangnya RM100 melalui perbankan atas talian FPX sepanjang bulan Disember 2017 juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii yang bernilai RM 15,000 dan iPhone X yang bernilai RM5,500. Para pemenang akan diumumkan pada Januari 2018 kelak.

Para pengguna Shopee juga berpeluang memenangi baucar Shopee dan Shopee Coin berjumlah RM500,000 dengan hanya menggunakan aplikasi Spin to Win mereka. Jadi jangan ketinggalan untuk membuat putaran bermula daripada harini sehingga 14 Disember nanti.

Berita baik untuk para pembaca Amanz sahaja! Dapatkan salah satu barang di bawah hanya untuk RM1 sahaja! Ikuti langkah-langkah berikut untuk tebus:-

  1. Muat turun aplikasi Shopee.
  2. Cari item bernama ‘Shopee Birthday Redemption’ dalam app tersebut.
  3. Masukkan kod ‘AMANZ1’ untuk dapatkan harga RM1!

Senang je kan? Promo ni hanya terhad kepada 200 pengguna baru dan kali pertama Shopee sahaja!


Bagi pembaca yang sudahpun menjadi pengguna Shopee, anda juga akan mendapat baucer diskaun sebanyak RM11 dengan pembelian serendah RM60. Gunakan kod ‘AMANZSALE’ untuk dapatkan diskaun sebanyak RM11 dengan pembelian serendah RM60. Baucar ini khas untuk pengguna Shopee dan hanya boleh digunakan kepada “Preferred Sellers” dan “Official Shops” di Shopee.

Ingat tarikh keramat Shopee! Benda2 best ni hanya akan berlangsung pada 12 Disember hingga 14 Disember sahaja. Kepada yang ingin tahu lebih lanjut boleh download Shopee di sini.

Beli: Promosi Ulangtahun Shopee

Muat-turun Sekarang: Aplikasi Shopee Untuk iOS / Android

Penafian: Advertorial dari Shopee


TIPS & ULASAN