Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Dengan Potongan Harga Sehingga RM400

Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Dengan Potongan Harga Sehingga RM400

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

iPhone X merupakan salah satu telefon pintar premium daripada Apple yang telah dilancarkan pada penghujung bulan lepas di Malaysia. Ia ditawarkan pada harga bermula RM5149 untuk 64GB dan menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik – termasuk sokongan pengimbas wajah dinamakan Face ID.

Kini, kurang daripada sebulan sejak ia dilancarkan, beberapa penjual telah mula menawarkan telefon pintar berkenaan pada harga diskaun. Lazada sendiri kini menawarkan iPhone X pada harga hanya RM4799 – memperlihatkan diskaun sebanyak RM350 berbanding harga jualan biasa.

Lazada juga turut menawarkan diskaun untuk model 256GB, dimana ia ditawarkan pada harga RM5499 berbanding harga jualan biasa RM5899 – diskaun sebanyak RM400. Kedua-dua model iPhone X ini ditawarkan terus oleh pihak Lazada dan bukannya penjual pihak ketiga.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh dapatkan ia hari ini pada harga diskaun berbanding harga jualan biasa di luar.

Layari : Lazada iPhone X


TIPS & ULASAN