Huawei Nova 2S Diperkenalkan – Hadir Dengan Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Pengecaman Wajah

Huawei Nova 2S Diperkenalkan – Hadir Dengan Ciri Nyah-Kunci Berasaskan Pengecaman Wajah

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Huawei agak aktif pada penghujung tahun 2017 ini, dimana terkini mereka telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 2S.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan rekaan hampir nirbingkai serta nisbah 18:9, dilengkapi cip Kirin 960, serta memori sehingga 6GB RAM. Walaupun dilabelkan dibawah keluarga Nova, tetapi ia dilihat menyertakan spesifikasi yang tinggi berbanding beberapa peranti Nova lain dipasaran.

Huawei Nova 2S

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera belakang yang mengabungkan 16MP RGB dengan 20MP monokrom, dengan kedua-duanya menawarkan bukaan f/1.8. Untuk lensa hadapan, ia turut dilengkapi dwi-kamera, menggunakan kamera 20MP dan 2MP dihadapan dengan bukaan f/2.0.

Huawei Nova 2S ini turut menyertakan bateri berkapasiti 3340mAh yang dicaj menggunakan port USB-C. Menariknya, dengan spesifikasi tinggi, Huawei turut berjaya menyertakan sokongan pengecasan pantas untuk telefon pintar ini.

Ia menjalankan Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI, serta beberapa ciri-ciri tambahan. Salah satunya adalah termasuk sokongan nyah-kunci menggunakan wajah – yang kian popular akhir-akhir ini. Huawei juga masih mengekalkan akses kepada bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini.

Di China, Huawei menawarkan Huawei Nova 2S ini pada harga bermula CNY2699 iaitu sekitar RM1666. Ia masih tidak diketahui sama ada Huawei akan menawarkan peranti ini untuk peringkat global ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN