Cari @ Amanz

Pada akhir tahun menjadi kebiasaan terdapat pelbagai promosi yang membolehkan anda memiliki telefon pintar terkini dengan lebih pulangan dari segi penawaran gajet. Atau mungkin akhir tahun biasanya anda akan menerima bonus, dan tidak tahu kemana untuk membelanjakannya.

Di pasaran, boleh dikatakan kesemua jenama telahpun menampilkan telefon flagship mereka. Namun yang mana satu berbaloi untuk anda? Berikut merupakan 10 sebab kenapa anda perlu membeli Huawei Mate 10 sebagai peranti flagship anda yang terkini.

1. Cip Pemprosesan Kirin 970 Serta Neural Processing Unit

Semua peranti flagship sentiasa mempamerkan kekuatan cip pemprosesannya namun tanpa integrasi dari pengeluar, terdapat ruang-ruang kelemahan yang pasti mengganggu-gugat prestasi peranti di kemudian hari.

Bagi mengatasi masalah ini, Huawei tampil dengan cip pemprosesan yang direka sendiri iaitu Kirin. Pada Mate 10, cip Kirin terkini iaitu 970 disertakan untuk menjana pemprosesan seharian. Malah satu kelebihan pada siri Mate 10 adalah terdapatnya Neural Processing Unit dimana dengan kecerdasan buatan yang dimilikinya, akan membantu pemprosesan bagi menghasilkan penggunaan yang terbaik.

Malah menariknya Huawei sendiri menyatakan yang mana Huawei Mate 10 Pro bukanlah dalam kelas telefon pintar, akan tetapi merupakan peranti pintar yang mempunyai kecerdasan buatan. Dengan Neural Processing Unit, ia dapat membantu dalam pelbagai aspek, baik dari segi penggunaan tenaga bateri, rakaman gambar, fungsi terjemahan, dan pelbagai lagi.

2. Kamera Mate 10 Pro Yang Lebih Baik Dari iPhone 8 Plus & Galaxy Note 8

Jika anda mencari peranti pintar kerana keupayaan kameranya, Huawei merupakan antara pelopor teknologi dwi-kamera. Bermula dari Huawei P9 yang mengetengahkan dwi-kamera dengan teknologi Leica, banyak pengeluar turut mengikut jejak menampilkan dwi-kamera sebagai kamera utama.

Meneruskan keunggulan dalam teknologi pengimejan, maka tidak hairanlah apabila DxOMark, iaitu penguji ketepatan kamera dan juga lensa memberikan markah 97 untuk Huawei Mate 10 Pro, hanya satu markah kurang dari Google Pixel 2, dan mempunyai markah lebih baik dari iPhone 8 Plus dan juga Galaxy Note 8. Malah lebih baik lagi Huawei Mate 10 Pro turut berada di kedudukan yang sama dengan iPhone X.

Kamera Huawei Mate 10 Pro juga mempunyai 13 kesan khas secara masa-nyata yang boleh diletakkan dan bantuan pengecaman objek sewaktu menggunakannya. Dengan ini, anda boleh yakin yang gambar dihasilkan oleh peranti ini persis keadaan sebenar.

3. Bateri 4,000 mAh Dengan Fungsi Pengecasan Pantas SuperCharge

Bagi peranti masa kini, dengan tugasnya yang melakukan pelbagai perkara saban hari, fungsi pengecasan pantas seharusnya menjadi syarat wajib pada setiap peranti, apatah lagi peranti flagship yang diidamkan ramai.

Huawei Mate 10 Pro

Pada siri Mate 10 terbaru dari Huawei ini, mereka menyertakan bateri bersaiz 4,000 mAh yang mampu bertahan lebih lama berkat dari saiznya. Lebih dari itu, ia turut menyertakan fungsi pengecasan pantas SuperCharge dimana pengguna boleh mengecas peranti sehingga 58% dalam masa 30 minit. Satu masa yang agak pantas untuk kapasiti bateri peranti yang besar.

Huawei Mate 10 Pro juga turut menyertakan kecerdasan buatan yang boleh mengatur penggunaan tenaga dengan lebih efisien. Hal ini dibuktikan dengan sekali sahaja pengecasan, peranti boleh bertahan selama 36 jam pada penggunaan biasa.

4. Mod Desktop Easy Projection Memudahkan Anda Melakukan Kerja

Salah satu kejutan yang diberikan oleh Huawei sewaktu pengumuman peranti ini adalah peranti ini berupaya untuk menjalankan perisian bertaraf perusahaan untuk kegunaan pengguna professional. Menggunakan fungsi Easy Projection, pengguna hanya perlu menyambung kabel USB-C ke HDMI, dan sekaligus menjadikan Huawei Mate 10 seumpama komputer kecil.

Malah menariknya pada fungsi Easy Projection ini tidak memerlukan sebarang Dock khusus tidak seperti pesaingnya, dan pengguna juga boleh menghubungkan tetikus dan papan kekunci kepada Huawei Mate 10 menerusi Bluetooth untuk melakukan kerja dimana sahaja walau di luar pejabat.

5. Terjemahan Kepada 50 Bahasa Secara Masa-Nyata.

Pada masa kini, penterjemahan merupakan satu perkara yang penting dalam meneroka dunia yang luas tanpa sempadan, disamping bersesuaian dengan fokus Huawei Mate 10 Pro untuk golongan korporat.

Berita baik untuk golongan sebegini, telefon pintar ini turut hadir dengan fungsi terjemahan kepada 50 bahasa secara terbina. Ini bermaksud sejurus selepas memulakan operasi peranti ini, fungsi tersebut dapat digunakan secara masa-nyata.

6. Paparan Skrin Nirbingkai Dengan Kawasan Yang Lebih Luas

Tahun 2017 merupakan tahun dimana kemunculan peranti nirbingkai bermula dan Huawei tidak ketinggalan apabila menghadirkan peranti flagship mereka dalam siri Mate dengan rekaan skrin nirbingkai. Ia bukanlah sekadar estetika dan menampakkan kecantikan, akan tetapi turut menambah keluasan paparan skrin untuk pengguna.

Huawei Mate 10

Bergantung kepada model yang anda pilih, Huawei Mate 10 mempunyai paparan skrin bersaiz 5.9-inci dengan resolusi 2K 2560 x 1440. Huawei Mate 10 Pro pula membawakan paparan skrin dengan nisbah resolusi 18:9, iaitu 2060 x 1080 dengan panel OLED dan menyokong HDR. Dengan paparan yang menyokong HDR, anda boleh menonton kandungan tertentu dari Netflix dan juga Amazon Prime Video yang memberikan kualiti warna yang lebih tepat dan cantik.

7. 12-Teras Mali G72 GPU

Selain dari pemprosesan, keupayaan grafik merupakan satu faktor penting pada peranti. Ia bukanlah untuk tujuan permainan semata-mata, namun untuk memastikan kesemua sistem berjalan lancar tanpa sebarang lengah dan sela masa.

Siri Mate 10 merupakan peranti pintar pertama yang memuatkan 12 Teras cip pemprosesan grafik Mali-G72 GPU sekaligus menjamin kelancaran grafik pada telefon ini. Sekiranya anda mencari telefon untuk tujuan permainan, Huawei Mate 10 dilihat tampak berkuasa untuk tujuan ini.

8. Android 8.0 Oreo & EMUI 8.0

Akhir tahun bakal tiba namun peratusan penggunaan Android Oreo masih lagi rendah. Peranti yang menyokongnya pula masih tidak banyak berada di pasaran dan jika anda ingin berbelanja untuk peranti flagship, ada baiknya ia hadir dengan perisian terkini.

Huawei Mate 10 Pro

Namun disini yang membezakan siri Mate 10 adalah ia beroperasi menggunakan Android 8.0 Oreo. Dengan perisian terbaru ini, anda akan dapat menggunakan kesemua fungsi Oreo yang terkini, sekaligus membantu penggunaan harian. Lebih dari itu dengan EMUI 8.0, ia memberikan paparan antaramuka yang cantik dan responsif hasil dari teknologi kecerdasan buatan terbina yang menjamin kepantasannya

9. Kapasiti RAM Yang Besar: 4GB & 6GB.

Huawei Mate 10

Kapasiti RAM merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kelancaran peranti anda dalam melakukan pelbagai tugasan secara serentak. Bergantung pada model yang anda pilih, kapasiti RAM yang lebih besar memudahkan anda menjalankan lebih banyak aplikasi. Huawei Mate 10 mempunyai 4GB RAM, manakala Huawei Mate 10 Pro dan Huawei Mate 10 Porsche Design mempunyai 6GB RAM yang menjamin prestasi tinggi pada masa yang memerlukan.

10. Tiga Variasi Mate 10 Mengikut Citarasa Anda Dengan Harga Yang Lebih Rendah Dari Pesaing Lain.

Terkadang anda ada pilihan sendiri dan mungkin anda tidak memerlukan spesifikasi tertinggi dalam sesuatu penawaran pada siri tersebut. Siri Huawei Mate 10 hadir pada tiga variasi, iaitu Huawei Mate 10, Huawei Mate 10 Pro dan juga Huawei Mate 10 Porsche Design. Apa yang membezakan peranti ini hanyalah dari segi kapasiti RAM, kapasiti storan, saiz dan nisbah paparan nirbingkai serta rekaannya.

Melengkapi kesemua sebab-musabab diatas, harga siri Mate 10 boleh dikatakan lebih mampu milik dan memberikan pulangan yang berkali ganda baik dari segi prestasi, ciri-ciri, serta teknologi terkini yang dibawakan olehnya sesuai dengan kelasnya. Huawei Mate 10 dijual pada harga RM 2,699 manakala Huawei Mate 10 Pro dijual pada harga RM 3,099. Jika harga bukan satu ukuran bagi anda, anda boleh memiliki Huawei Mate 10 Porsche Design pada harga RM 6,999, yang akan dijual pada 8 Disember ini.


Seperti biasa bagi anda yang ingin memiliki peranti ini, anda boleh ke cawangan dan pengedar rasmi Huawei atau membelinya terus dari laman jual-beli atas talian mereka iaitu vmall.

Penafian: Advertorial dari Huawei

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd