LG Signature Edition Dilancarkan – V30 Edisi Terhad Dengan Panel Seramik
LG

LG Signature Edition Dilancarkan – V30 Edisi Terhad Dengan Panel Seramik

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

LG V30 ialah peranti nirbingkai kedua yang dilancarkan oleh LG tahun ini. Ia mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding G6 yang merupakan peranti pertama di dunia dengan skrin bernisbah 18:9. Ia menerima pujian kerana kemampuan rakaman video serta audio yang tinggi. Ia kini dilancarkan dalam edisi terhad LG Signature Edition di Korea Selatan.

LG Signature Edition mempunyai panel belakang tahan calar yang diperbuat daripada seramik zirconium. Hanya 300 unit akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga Won 2 juta (~RM 7453) sebuah.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6″ OLED QHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 6GB RAM dan storan 256GB. Kamera utama sebesar 16+13 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel. Akhir sekali ia dilengkapi bateri 3300mah.

 


TIPS & ULASAN