Pembantu maya hanya berguna sekiranya ia dapat berkomunikasi dengan penggunanya. Bahasa paling popular di dunia ialah Mandarin diikuti pula oleh Sepanyol. Bixby Voice baru sahaja dikemaskini dan akhirnya menyokong bahasa Sepanyol yang digunakan lebih 400 juta penduduk dunia.
Ini membawakan jumlah bahasa yang disokong oleh Bixby Voice kepada empat kesemuanya. Sokongan bahasa Inggeris dan Korea adalah yang terawal diberikan dengan Mandarin pula pada bulan lalu. Penambahan sokongan bahasa ini adalah penting bagi Samsung kerana Bixby akan menjadi pembantu maya yang digunakan untuk mengawal peranti pintar berhubung keluaran mereka.