YouTube Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman Muzik Pada Mac 2018

YouTube Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman Muzik Pada Mac 2018

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

YouTube sedia mempunyai perkhidmatan langganan berbayar dinamakan YouTube Red di beberapa buah negara buat masa ini. Selain daripadanya, kini Bloomberg melaporkan yang mana YouTube bakal turut hadir dengan perkhidmatan langganan penstriman muzik menjelang bulan Mac 2018 kelak.

Ia dikatakan buat masa ini YouTube dalam perbincangan beberapa syarikat penerbitan muzik untuk perkhidmatan baru ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bagaimana strategi YouTube dalam memasarkannya secara meluas kelak, memandangkan Google sendiri mempunyai perkhidmatan penstriman muzik Google Play Music.

Dalam arena penstriman muzik ini, buat masa ini ia diterajui oleh Spotify, dan turut diikuti oleh Apple Music. Mungkin pihak Google tidak ingin ketinggalan, dan ingin menggunakan pelbagai strategi dalam menarik pengguna ke perkhidmatan mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya dalam bebrapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN