KGI, salah satu penganalisa popular berkaitan dengan Apple, kini berkongsi info terbaru meramalkan yang mana iPhone baru pada 2018 kelak akan hadir dengan bateri berkapasiti lebih besar. Perkara ini selari dengan pengenalan pelbagai ciri-ciri baru pada iPhone, termasuk fokus mereka terhadap arena AR (realiti-gabungan).
KGI meramalkan iPhone bersaiz 5.8-inci pada tahun hadapan akan hadir dengan bateri berkapasiti antara 2900mAh ke 3000mAh. Ini secara tidak langsung bakal menawarkan penambahan sekitar 10% berbanding bateri sedia ada di iPhone tahun ini.
Melalui penyertaan bateri berkapasiti lebih besar, ia secara tidak langsung akan menawarkan masa penggunaan yang lebih lama berbanding kebiasaan. Pada masa kini, Apple sedia mengoptimasikan iOS untuk penggunaan bateri sepanjang hari walaupun pada kapasiti bateri yang rendah.
Dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru pada iPhone, ia sesuatu yang dijangka ramai untuk penambahan kapasiti bateri bagi membolehkan masa penggunaan yang lebih lama atau sama, tanpa mengurangkan jangka hayat penggunaannya.
Disamping itu, Apple turut diperkatakan mungkin hadir dengan iPhone dengan skrin 6.1-inci dengan skrin LCD pada harga sedikit rendah berbanding kebiasaan.