Grab Menerima Lesen Daripada Bank Negara Malaysia Untuk Perkhidmatan Wang Digital

Grab Menerima Lesen Daripada Bank Negara Malaysia Untuk Perkhidmatan Wang Digital

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Grab hari ini telah mengumumkan yang mana mereka menerima lesen daripada pihak Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan wang digital GrabPay di Malaysia.

GrabPay

Menurut Grab, mereka akan melancarkan perkhidmatan GrabPay secara berperingkat di Malaysia bermula awal tahun 2018 kelak. Menggunakannya, pengguna boleh menggunakan aplikasi GrabPay sebagai dompet digital untuk transaksi nirtunai di pelbagai restoran dan kedai di luar.

Pada hari ini, ramai sedia menyertakan kad debit atau kredit pada aplikasi Grab untuk memudahkan transaksi nirtunai. Dengan pengenalan GrabPay secara meluas ini, pengguna dijangka turut boleh mengimbas kod QR GrabPay yang dipaparkan oleh restoran dan kedai untuk tujuan pembayaran.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut GrabPay ini di Malaysia bermula awal 2018 kelak.


TIPS & ULASAN