Qualcomm dan Blackberry bukanlah syarikat yang sering dikaitkan dengan industri automotif. Tetapi kedua-duanya kini bekerjasama untuk membangunkan sistem yang digunakan pada kenderaan berhubung. Perisian QNX Hypervisor 2.0 yang dibangunkan Blackberry digunakan untuk menjalankan sistem komputer dan hiburan kenderaan.
Pemproses Snapdragon 820A apabila digabungkan dengan perisian ini ialah kombinasi ampuh untuk mengawal kenderaan swapandu berhubung. Pembangunan sistem untuk kenderaan swapandu dipercayai akan menjadi medan pertempuran syarikat teknologi dalam masa terdekat. Google, Apple dan Samsung kesemuanya sudahpun mempunyai kepentingan di dalam arena ini.