Tiada Lagi Bayaran RM0.50 “Instant Transfer” Untuk Pemindahan Bawah RM5000 Mulai 1 Julai 2018

Tiada Lagi Bayaran RM0.50 “Instant Transfer” Untuk Pemindahan Bawah RM5000 Mulai 1 Julai 2018

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Salah satu perkara yang kurang digemari ramai ketika melakukan transaksi perbankan atas-talian adalah apabila perlu membayar 50 sen untuk pemindahan segera antara bank. Selepas sekian lama, kini pihak Bank Negara Malaysia akhirnya mengumumkan mereka akan menghentikan caj sebanyak 50 sen untuk tujuan pemindahan segera bermula 1 Julai 2018 kelak.

Pemindahan percuma ini adalah untuk transaksi dibawah RM5,000.

Langkah ini dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dalam mengalakkan lagi pembayaran elektronik, sekaligus membolehkan arena kewangan digital dan e-dagang berkembang dengan lebih pesat lagi.

Disamping itu, pada 2018 kelak juga akan menyaksikan sejumlah aplikasi dompet digital diperkenalkan oleh pelbagai pihak untuk mengalakkan lagi transaksi nirtunai.


TIPS & ULASAN