Peranti Meizu M6 Note dilancarkan di China pada Ogos yang lalu. Ia sebuah peranti kelas pertengahan dengan sistem dwi-kamera. Bagi yang menantikan kemunculan sejak berbulan lamanya, ia kini disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Disember ini.
Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.
Meizu M6 Note dilengkapi dwi-kamera 12+5 Megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan sebesar 16-megapixel. Menariknya, Meizu turut menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh dan hadir dengan sokongan pengecasan pantas.