Xiaomi Redmi 5A Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM399

Xiaomi Redmi 5A Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM399

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Xiaomi hari ini telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Xiaomi Redmi 5A. Ia merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah dengan harga mampu milik.

Xiaomi Redmi 5A hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 425, memori 2GB RAM dan ruangan storan sehingga 16GB.

Xiaomi Redmi Note 5A Prime

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan bukaan f/2.2, sementara menggunakan kamera hadapan 5-megapixel dengan bukaan f/2.0.

Xiaomi menggunakan bateri 3000mAh padanya, selain menyertakan sokongan dwi-SIM dan juga kad mikro-SD sehingga 128GB.

Anda boleh mendaptkan Xiaomi Redmi 5A ini daripada Lazada secara eksklusif bermula 12 Disember 2017 ini.

Xiaomi Redmi 5A


TIPS & ULASAN