Kini Anda Boleh Mendapatkan Barangan Rasmi Apple Melalui Lazada

Kini Anda Boleh Mendapatkan Barangan Rasmi Apple Melalui Lazada

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Ramai sedia maklum yang mana anda boleh mendapatkan barangan Apple melalui laman Apple Store Malaysia. Kini, selain daripadanya, sebuah laman pengedar rasmi turut dibuka di Lazada bagi memudahkan anda mendapatkan pelbagai barangan Apple dengan mudah melaluinya.

Anda boleh mendapatkan pelbagai variasi barangan, daripada Apple Watch, Macbook, iPhone, iPad dan sebagainya terus melalui laman berkenaan. Laman sehenti untuknya turut mengambil inspirasi daripada laman rasmi Apple.

Dari segi jualan dan penghantaran barangan, ia diuruskan terus oleh Lazada – sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna dalam mendapatkannya. Disamping itu, penawaran terus melalui platform Lazada akan memudahkan pengguna membuat carian, serta menggunakan sejumlah kod diskaun ketika membeli barang.

Buat masa ini, laman ini masih belum beroperasi sepenuhnya, dan bakal dilancarkan secara rasminya pada 11 Disember 2017 ini.

Layari : Apple Store di Lazada


TIPS & ULASAN