Spotify Dan Tencent Melabur Antara Satu Sama Lain

Spotify Dan Tencent Melabur Antara Satu Sama Lain

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

Spotify dan Tencent hari ini mengumumkan kerjasama strategi antara kedua-dua syarikat penstriman muzik, dimana kedua-dua syarikat akan masing-masing melabur untuk pegangan minoriti antara satu sama lain.

Melalui kerjasama ini, Spotify akan mendapatkan pegangan minoriti di Tencent Music Entertainment, dan pada masa yang sama TME akan mendapatkan pegangan pada Spotify.

Sebagai tambahan, pihak Tencent juga akan membuat pelaburan tambahan pada Spotify untuk mendapatkan sedikit pegangan pada perkhidmatna penstriman muzik berkenaan.

Kerjasama ini akan menguntungkan kedua-dua pihak. Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular didunia, tetapi masih tidak beroperasi di China. Sebaliknya, TME merupakan penyedia perkhidmatan penstriman muzik paling popular di China.

Desas-desus mengenai hal ini telah kedengaran sejak seminggu yang lepas, dan hari ini ia disahkan sendiri oleh kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN