Xiaomi Mi Note 3 Mencatatkan Skor DxOMark Sebanyak 90 – Setaraf HTC U11, Google Pixel

Xiaomi Mi Note 3 Mencatatkan Skor DxOMark Sebanyak 90 – Setaraf HTC U11, Google Pixel

Diterbitkan pada Dis 8, 2017 oleh .

DxO merupakan salah satu laman yang sering hadir dengan skor untuk penggunaan kamera pada peranti mudah-alih. Terkini, hari ini mereka telah mengeluarkan skor untuk telefon pintar Xiaomi Mi Note 3, sekaligus meletakkan ia sebagai telefon jenama Xiaomi yang paling teratas dalam senarai DxOMark.

Melalui skor yang dikeluarkan DxOMark, mereka memberikan Mi Note 3 skor sebanyak 90 – iaitu sama taraf dengan Google Pixel serta HTC U11.

Jikalau dilihat dari segi pembahagian skor, untuk rakaman gambar ia menerima skor sebanyak 94, dan untuk rakaman video pula ia menerima skor sebanyak 82.

Menurut pihak DxO, Xiaomi Mi Note 3 mempunyai sokongan autofokus yang pantas, kebolehan zoom yang baik, serta kesan bokeh yang kemas. Walaubagaimanapun, hasil kurang baik pada keadaan cahaya malap (ketika malam).

Untuk rakaman gambar, ia turut dikatakan mempunyai autofokus yang pantas serta penstabilan yang memuaskan. Namun, ia mempunyai hasil yang kurang jelas pada pelbagai keadaan, dan frame-drop yang tinggi.

Xiaomi Mi Note 3 masih belum dipasarkan di Malaysia buat masa ini. Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai rakaman gambar Mi Note 3, anda boleh membaca ulasan penuhnya di laman DxoMark.


TIPS & ULASAN