Carian
Apple Dilaporkan Akan Mengambil-Alih Perkhidmatan Pengecaman Muzik – Shazam
December 9, 2017 Aman

Shazam merupakan salah satu aplikasi pengecaman muzik popular, membolehkan para pengguna memainkan sebarang lagu dan menggunakan aplikasi ini untuk mengetahui apakah nama dan penyanyi lagu berkenaan.

Kini, ia dilaporkan Apple akan mengambil-alih perkhidmatan Shazam ini pada harga mencapai ratusan juga. Apple dikatakan mungkin mengumumkan pengambil-alihan ini seawal minggu hadapan.

Shazam sendiri mempunyai sejumlah kelebihan menarik pada platform mereka. Ia membolehkan pengguna membut pengecaman muzik – dan seterusnya menghantar pengguna ke Apple Music, Spotify dan sebagainya.

Disamping itu, Shazam juga baru-baru ini telah memperkenalkan sokongan platform AR yang memudahkan pengguna mengimbas sebarang produk untuk informasi lanjut berkaitan dengannya.

Ia tidak lagi diketahui apakah yang akan dilakukan oleh Apple dengan mengambil-alihnya – dan sama ada ia akan kekal ditawarkan ataupun dimatikan selepas pengambil-alihan.

Komen