Kebanyakan rekaan produk ikonik Apple sejak hampir dua dekad yang lalu menerima sentuhan Sir Jony Ive. Dari bermula dengan iMac pada tahun 1998 sehinggalah ke iPhone. rekaan minimalistik beliau kini dianggap klasik dan menjadi ikutan pengeluar lain. Menurut laporan Bloomberg, Ive kini sudah kembali menguruskan bahagian rekaan produk di Apple.
Dua tahun yang lalu beliau meninggalkan posisi ini bagi mengambil alih tugas rekaan Apple Park. Beliau masih lagi memegang jawatan Chief Design Officer. Tetapi dengan siapnya pembinaan Apple Park, akan kembali menguruskan bahagian rekaan produk di Apple.
Dengan kembalinya Ive menakhodai bahagian rekaan, mungkin pelbagai rungutan pengguna mengenai rekaan produk yang basi serta rekaan iOS 11 yang tidak kemas akan dapat diselesaikan.