T-FREND – Dron Yang Mengingatkan Pekerja Di Jepun Untuk Pulang Ke Rumah

T-FREND – Dron Yang Mengingatkan Pekerja Di Jepun Untuk Pulang Ke Rumah

Diterbitkan pada Dis 9, 2017 oleh .

Bangsa Jepun mempunyai etika kerja yang amat berbeza dari di negara lain. Pekerja datang ke pejabat lebih awal dari majikan dan pulang lewat. Ini adalah bagi menunjukkan kesungguhan mereka kepada syarikat. Tetapi ia kini dianggap sebagai tabiat buruk dengan meningkatnya kes karoshi – individu yang meninggal dunia kerana bekerja tanpa henti. Apakah inisiatif yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko kematian ini?

T-FREND ialah dron yang dibangunkan oleh Taisei akan memainkan lagu “Auld Lang Syne” yang biasanya dimainkan di Jepun bagi menandakan waktu penutupan. Kombinasi lagu dan deruman dron yang bising diharap akan memaksa pekerja untuk berhenti bekerja dan pulang ke rumah.

Ini bukan satu-satunya inisiatif di Jepun yang cuba menyelesaikan masalah karoshi. Jun lalu Telework Day dilancarkan bagi menggalakkan pekerjaan dari rumah yang juga diharap dapat mengurangkan kesesakan pada perkhidmatan awam menjelang sukan Olimpik 2020.

Sumber T-FREND menerusi Endgadget


TIPS & ULASAN