Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya 2017 Diumumkan Oleh Forbes – DanTDM Mengambil Alih Kedudukan PewDiePie

Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya 2017 Diumumkan Oleh Forbes – DanTDM Mengambil Alih Kedudukan PewDiePie

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Senarai 10 selebriti terkaya YouTube 2017 menurut Forbes diumumkan hujung minggu yang lalu. Kedudukan PewDiePie sebagi personaliti YouTube terkaya kini diambil alih oleh penstriman permainan video DanTDM. Beliau berada di tempat teratas dengan pendapatan mencecah $16.5 (~RM 67.4 Juta). Ini diikuti oleh VanossGaming ($15 Juta), Dude Perfect ($14 Juta) dan Markiplier ($12.5 Juta).

PewDiePie hanya mampu berida dikedudukan ke-enam dengan pendapatan “hanya” sebanyak $12 Juta. Pelbagai kontroversi mengenai pelakuan bebaur perkauman dan gimik ingin memadam akaun menyebabkan pendapatan beliau terganggu. Beliau juga dipersalahkan menyebabkan pendapatan YouTubers terjejas teruk tahun ini.

Dari senarai di bawah paling menakjubkan ialah Ryan ToysReview. Akaun ini hanya mengulas permainan kanak-kanak dengan hos berusia enam tahun. Pada usia setahun jagung Ryan sudah mencatatkan pendapatan mencecah $11 Juta. Menakjubkan.,

 Senarai 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2016

1.DanTDM (Danile Middleton) $16.6 Juta

2.VanossGaming (Evan Fong) $15.0 Juta

3.Dude Perfect $14.0 Juta

4.Markiplier (Mark Fischbach) $12.5 Juta

4. Logan Paul $12.5 Juta

6.PewDiePie (Felix Kjellberg) $12.0 Juta

7.Jake Paul $11.5 Juta

8 Smosh $11.0 Juta

8.Ryans ToysReview $11.0 Juta

10.Lily Singh ($10 Juta)

Baca – Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya 2016 Diumumkan Oleh Forbes

Baca –Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya 2015 Diumumkan Oleh Forbes


TIPS & ULASAN