TaPay Diperkenalkan Di Cyberjaya – Dompet Digital Untuk Transaksi Nirtunai

TaPay Diperkenalkan Di Cyberjaya – Dompet Digital Untuk Transaksi Nirtunai

Diterbitkan pada Dis 10, 2017 oleh .

Terdapat beberapa dompet digital dipasaran hari ini dalam memudahkan transaksi nirtunai, termasuk buatan Malaysia sendiri seperti SarawakPay dan sebagainya. Kini, sebuah lagi dompet digital baru yang diperkenalkan adalah TaPay.

TaPay buat masa ini diperkenalkan di Cyberjaya – membolehkan pengguna menggunakannya dalam membuat pembayaran bagi pembelian barangan di beberapa kedai sekitar Cyberjaya.

Tapay

TaPay ini dibangunkan oleh Fullrich Malaysia Sdn Bhd, dan turut menerima sokongan daripada Cyberview. Menggunakannya, pengguna boleh membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR, sekaligus memasukkan amaun bayaran yang dikehendaki.

Pembangunnya mengatakan ia masih pada fasa ujian di Cyberjaya, dan sedang menantikan kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia.

Bagi anda yang berada di Cyberjaya, mungkin boleh mencuba TaPay ini hari ini.


TIPS & ULASAN