Harga Jualan Vivo V7 Dikemaskini – Kini Berharga RM1199

Harga Jualan Vivo V7 Dikemaskini – Kini Berharga RM1199

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Vivo Malaysia baru sahaja melancarkan Vivo V7 secara rasminya beberapa minggu lepas. Kini, tidak sampai sebulan, mereka telah mengemaskini harga jualannya, dan kini ia ditawarkan pada harga kurang RM100 berbanding harga pengenalannya, iaitu RM1199.

Vivo V7 RM1199

Vivo V7 hadir dengan sokongan kamera 24-megapixel pada bahagian hadapan, selain pada masa yang sama menyertakan rekaan hampir nirbingkai, memori 4GB RAM, serta kamera belakang 16-megapixel. Vivo dilihat lebih memfokuskan kepada ciri rakaman selfie untuk telefon pintar ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak telefon pintar ini daripada pengedar rasmi Vivo Malaysia seluruh negara. Selain itu, Vivo juga dijangka menyediakan sejumlah diskaun menarik untuk peranti mereka bersempena dengan 12.12 ini.


TIPS & ULASAN