OnePlus 5 Dan 5T Didapati Tidak Boleh Menstrim Kandungan HD Beberapa Perkhidmatan Video Popular

OnePlus 5 Dan 5T Didapati Tidak Boleh Menstrim Kandungan HD Beberapa Perkhidmatan Video Popular

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Peranti utama seharusnya memberikan pengalaman penggunaan terbaik berbanding peranti kelas pertengahan dan ke bawah. Di dalam kes OnePlus, mereka menjanjikan penawaran fungsi setanding peranti utama pengeluar lain tetapi pada harga yang lebih munasabah. Di atas kertas spesifikasi peranti mereka memang setanding tetapi dalam kemampuan menstrim video ia mempunyai satu kekurangan yang mengecewakan.

OnePlus 5TPengguna OnePlus 5 dan 5T merungut peranti mereka tidak boleh menstrim kandungan video HD pada perkhidmatan video popular seperti Netflix, Amazon dan Google Play Movies. Penstriman HD hanya disokong pada aplikasi YouTube. Ini adalah kerana kedua-dua peranti ini hanya menyokong sistem DRM video Widevine Level 3.

Bagi memainkan video beresolusi tinggi pada Netflix misalnya, peranti perlu menyokong sistem DRM Widevine Level 1. Pihak OnePlus sudah memberikan maklum balas mengenai isu ini dan akan menyertakan sokongan Widevine Level 1 dengan kemaskini seterusnya. Tarikh bilakah kemaskini ini akan diterima masih belum dikongsi setakat ini.

Ketiadaan sokongan penstriman HD ini adalah agak memalukan bagi peranti dengan skrin HD penuh. Ia sekali lagi membuatkan moto Never Settle mereka kedengaran seperti hanya janji kosong.

Sumber OnePlus Forum menerusi The Verge


TIPS & ULASAN