Visvo Novel – Beg Galas Pintar Dengan Tali Bermagnet Menangkap AirPods Yang Terjatuh

Visvo Novel – Beg Galas Pintar Dengan Tali Bermagnet Menangkap AirPods Yang Terjatuh

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Beg galas kami gunakan setiap hari bagi membawa pelbagai peranti, pengecas, power bank, fon kepala dan komputer riba. Keperluan seharian menyebabkan kesemua barangan di atas perlu dibawa atas sebab kerja. Di pasaran sekarang terdapat banyak beg galas yang direka untuk kehidupan pintar pengguna moden. Visvo Novel ialah sebuah lagi beg galas pintar dengan fungsi unik tali bermagnet yang boleh menangkap Apple AirPods yang terjatuh dari telinga.

Magnet pada bahagian atas tali beg ini cukup kuat untuk memastikan AirPods tidak terjatuh terus ke lantai sekiranya ia tercicir dari telinga. Ia juga boleh berfungsi untuk memastikan fon telinga berwayar biasa boleh disimpan cermat ketika tidak dipakai.

Selain daripada itu Visvo Novel turut dilengkapi powerbank terbina dengan port USB pada kedudukan strategik. Pengguna boleh mengecas peranti ketika beg sedang digalas dengan mudah. Terdapat poket sisi dengan sistem pengecasan tanpa wayar Qi.

Bahagian bawah dilengkapi panel getah menyerap hentakan. Lampu LED pada tali dan belakang memastikan pengguna dapat dilihat pada waktu malam. Lampu juga disertakan pada bahagian dalam beg bagi memudahkan mencari objek ketika gelap. Akhir sekali pengesan GPS juga boleh digunakan sekiranya perlu.

Beg galas pintar Visvo Novel ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dibeli pada harga bermula €249 (~RM 1200) untuk model paling asas.


TIPS & ULASAN