Cari @ Amanz

Minggu lalu OnePlus 5T edisi Star Wars diperlihatkan secara rasmi dan imej Moto Mods Star Wars untuk Motorola Moto Z tertiris. Bagi pengguna iPhone mungkin mereka sedikit iri hati dengan kewujudan produk edisi khas ini. Mereka tidak perlu risau kerana kerangka edisi khas Star Wars untuk peranti mereka juga telah dihasilkan.

Pelbagai rekaan kerangka untuk iPhone X, iPhone 8,7,6 dan 8,7,6 Plus telah dihasilkan oleh firma HEX. Kerangka ini kesemuanya diperbuat daripada bahan kulit premium dengan lesen rasmi dari Disney. Antara rekaan yang diberikan ialah Darth Vader, R2D2, Stormtrooper, Boba Fett dan X-Wing. Harga jualan kerangka bermula dari $49.99 (~RM 203) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd