Cari @ Amanz

Motorola Malaysia kini telah mula menawarkan dua lagi penambahan Moto Mods untuk pengguna tempatan, iaitu Moto Mods 360 Camera dan juga Moto Mods GamePad.

Bagi yang tidak mengenali akan Moto Mods, ia merupakan sokongan sambungan berasaskan magnetik untuk siri telefon pintar Motorola Moto Z. Sebelum ini beberapa Moto Mods telah dilancarkan dan ditawarkan – dan kini dua lagi Moto Mods baru ini memasuki pasaran tempatan.

Moto Mods - 360 Camera

Moto Mods 360 Camera merupakan penambahan kamera 360-darjah untuk telefon pintar dengan sokongan Mod, membolehkan anda merakamkan gambar dan video pada paparan 360-darjah dengan mudah menggunakannya. Menurutl Motorola, ia mampu merakamkan video pada resolusi 4K melaluinya, selain memudahkan proses penyuntingan terus menggunakan telefon pintar.

Moto Mods - GamePad

Moto Mods GamePad pula merupakan sokongan alat kawalan permainan yang dihubungkan ke telefon pintar – sekaligus menawarkan pengalaman permainan menggunakannya yang lebih menarik berbanding hanya menekan pada skrin peranti. Pelbagai permainan turut dioptimasikan khusus untuk alat-kawalan ini.

Moto Mods 360 Camera ini ditawarkan pada harga RM1199 di Malaysia, sementara Moto Mods GamePad ditawarkan pada harga RM499 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd