Manual Samsung Galaxy A8 (2018) Tertiris Mengesahkan Dwi-Kamera Hadapan

Manual Samsung Galaxy A8 (2018) Tertiris Mengesahkan Dwi-Kamera Hadapan

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Pelancaran Samsung Galaxy A8 (2018) dijangka berlaku sebelum berakhirnya 2017. Setakat ini dari rekaan yang tertiris, ia mengesahkan penggunaan skrin nirbingkai bakal digunakan. Hari ini manual peranti ini pula tertiris ke arena web dan mengesahkan penggunaan dwi-kamera pada bahagian hadapan.

Ini sekaligus menjadikannya peranti pertama keluaran Samsung dengan dwi-kamera hadapan. Dengan penggunaan dwi-kamera ini, fungsi Live-Focus akan diaktifkan untuk mengambil swafoto. Menarik sekali manual tidak menunjukkan butang Bixby fizikal pada bahagian sisi peranti seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Galaxy A8 (2018) ini?


TIPS & ULASAN