Cari @ Amanz

Seperti biasa akhir tahun menyaksikan pelbagai laman beli atas talian yang aktif mempromosikan barangan mereka. Pelbagai laman jual beli atas talian menyediakan diskaun dan promosi yang agak tinggi dan menarik dan kami mempunyai cara untuk memberikan lebih nilai untuk setiap sen yang dibelanjakan iaitu menggunakan ShopBack.

ShopBack merupakan satu aplikasi perkhidmatan yang memudahkan para pengguna untuk mendapatkan kembali sebahagian wang yang telah dibelanjakan untuk pembelian atas talian. Ini bermaksud, sebarang pembelian yang anda buat, anda akan dapat pulangan tunai semula apabila menggunakan ShopBack. Anda hanya perlu klik, beli, semak akaun dan pindahkan wang ke akaun anda, senangkan?

Apa yang anda perlu lakukan, pertama sekali, anda hanya perlu memilih laman web yang anda ingini untuk membeli belah. Klik “View More” untuk melihat “T&C” dan pilihan yang lain, kemudian klik butang “Activate Cashback/Get Deal” untuk mengaktifkan akaun ShopBack anda.

Kemudian, anda akan dibawa masuk ke website yang anda pilih tadi. Proses pembelian akan berjalan seperti biasa dan anda akan kekal pada tetingkap yang sama sehingga sesi pembayaran selesai.

Selepas itu, anda akan mendapat email setelah pulangan tunai anda selesai masuk ke akaun ShopBack anda dalam masa 48 jam. Kemudian, semak semula akaun Cashback anda untuk barangan yang anda telah beli tadi. Pulangan wang ini akan disimpan sehingga status pulangan tunai anda menjadi “Redeemable” dan ianya boleh dipindahkan ke akaun bank anda.

Selain dari membeli-belah atas talian, anda juga boleh mendapat pulangan tunai dari penggunaan pengangkutan. Jika anda pengguna tegar Grab dan Uber, anda layak mendapat pulangan tunai bergantung kepada perjalanan yang diambil. Menggunakan aplikasi ShopBack, anda hanya perlu pergi ke butang RIDES lalu memasukkan destinasi yang ingin ditujui. ShopBack akan menyenaraikan pulangan yang bakal anda terima.

Untuk pengetahuan anda, pada 12.12 ini, ShopBack dan rakan kerjasama seperti Lazada dan Zalora akan mengadakan Online Fever kempen yang berlangsung pada 12 hingga 14 Disember ini. Kempen ini akan memberi tawaran secara besar-besaran sehingga 50% pulangan tunai. Anda juga boleh memenangi iPhone X jika anda membuat sebarang pembelian daripada 12 Disember hingga 25 Disember.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapat RM10 bonus pulangan tunai istimewa sekarang iaitu RM5 untuk pendaftaran, dan RM5 untuk pembelian pertama. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ShopBack dan masukkan kod [ Amanz ] apabila anda mendaftar atau boleh sahaja terus ke web dan mendaftar melalui pautan: https://www.shopback.my/amanz

Orang cakap, sikit sikit lama lama jadi bukit. Jadi apa lagi, jom muat turun aplikasi ShopBack sekarang.

Penafian: Advertorial Dari ShopBack. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd