Switch Menawarkan Apple Watch Bermula RM700 Sempena 12.12, iPhone SE Bermula RM999

Switch Menawarkan Apple Watch Bermula RM700 Sempena 12.12, iPhone SE Bermula RM999

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Selain Machines, nampaknya pengedar Apple lain turut mempunyai beberapa promosi menarik bersempena dengan 12.12 kelak. Terkini, Switch berkongsi sejumlah peranti yang akan ditawarkan oleh mereka pada harga diskaun bersempena dengan 12.12 ini.

Seperti biasa, promosi ini meliputi produk seperti Apple Watch, iPad Pro, iPhone, MacBook dan sebagainya.

Switch 12.12

Daripada apa yang dilihat, Apple Watch disenaraikan pada harga bermula RM700, iPad Pro bermula RM1299, dan iPhone SE pada harga bermula RM999.

Tidak ketinggalan juga adalah dimana MacBook 12-inci ditawarkan pada harga bermula RM3999, dan MacBook Pro Touch Bar pada harga bermula RM9799. Sejumlah aksesori lain turut ditawarkan pada harga diskaun oleh Apple bersempena dengan jualan 12.12 ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman jualan Switch 12.12 ini hari ini, dan bersedia mendapatkan produk mereka bermula tengah malam ini.

Switch 12.12


TIPS & ULASAN