Cari @ Amanz

Facebook pada tahun 2011 yang lepas telah memperkenalkan sebuah ciri Facebook Ticker pada News Feed, membolehkan pengguna melihat pelbagai kemaskini dan aktiviti yang sedang dilakukan oleh pengguna. Ciri berkenaan boleh dikatakan tidak digemari dan digunakan ramai – malah ada yang memilih untuk menyembunyikannya.

Kini, selang beberapa tahun, Facebook dilihat telah pun mematikan ciri berkenaan di News Feed. Berkemungkinan Facebook membuangnya kerana ramai yang tidak menggunakannya – atau mungkin kadar klik padanya tidak membawakan keuntungan untuk terus mengekalkan ciri-ciri berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda merindui ciri ini, atau tidak kisah akan kehilangan ciri ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd