Xiaomi Mi A1 Ditawarkan Pada Harga RM845 Untuk 12.12

Xiaomi Mi A1 Ditawarkan Pada Harga RM845 Untuk 12.12

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Bersempena dengan promosi jualan 12.12, pelbagai penjual telah mula menawarkan potongan harga untuk produk dan perkhidmatan. Terkini, Senheng dilihat mula menawarkan Xiaomi Mi A1 pada harga diskaun RM845 berbanding dengan harga jualan biasa RM999.

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1 merupakan telefon pintar pertama daripada Xiaomi yang hadir dengan antaramuka asal Android tanpa penambahan MIUI. Ia menggunakan skrin 5.5-inci HD penuh, dijana cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Melengkapkan ia juga merupakan dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, boleh menyemak promosinya daripada Senheng di Lazada hari ini. Anda mungkin boleh menambah beberapa kod kupon lain dalam mendapatkan diskaun tambahan untuk pembelian.

Beli : Xiaomi Mi A1


TIPS & ULASAN