Cari @ Amanz

Bersempena dengan 12.12, pihak Lazada menawarkan diskaun hebat untuk sejumlah produk, termasuk untuk konsol PlayStation 4.

PlayStation 4 Slim

Kini, anda boleh dapatkan konsol PlayStation 4 Slim dengan storan 500GB pada harga RM1019 berbanding harga jualan biasa yang lebih tinggi. Menariknya, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan dengan menggunakan kod diskaun, dan menjadikan harga konsol berkenaan kurang daripada RM1000.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak tawaran Lazada untuk PlayStation 4 hari ini, dan mendapatkannya terus daripada mereka. Selain PlayStation 4 biasa, Lazada turut menawarkan PlayStation 4 Pro pada harga RM1299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd