Samsung Galaxy Note FE Kini Ditawarkan Serendah RM2029

Samsung Galaxy Note FE Kini Ditawarkan Serendah RM2029

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note FE merupakan versi penambah-baikkan Galaxy Note 7, dan telah ditawarkan di Malaysia sejak Oktober yang lepas. Ia menawarkan tanda harga RM2599, tetapi kini bersempena dengan 12.12, pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM2029.

Galaxy Note FE hadir dengan sokongan S-Pen, skrin bersaiz 5.7-inci, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, dan juga menggunakan kamera 12-megapixel di belakang. Bagi anda yang inginkan sebuah peranti dengan sokongan S-Pen, tetapi pada harga rendah, mungkin boleh mendapatkannya.

Selain Galaxy Note FE, Lazada juga turut menawarkan diskaun untuk Galaxy Note 8 yang mana kini ia ditawarkan pada harga serendah RM3279.

Beli : Galaxy Note FE pada harga RM2029

Beli : Galaxy Note 8 pada harga RM3279


TIPS & ULASAN