Kerajaan Selangor Menggunakan Waze Dalam Mengatasi Masalah Jalan Berlubang

Kerajaan Selangor Menggunakan Waze Dalam Mengatasi Masalah Jalan Berlubang

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Sebelum ini, kita sedia mendengar mengenai perancangan untuk membolehkan pengguna jalan raya di Selangor dalam membuat laporan mengenai jalan berlubang menggunakan Waze. Kini, perkara berkenaan dilihat telah diimplementasi, dan pengguna di Selangor boleh menggunakan Waze dalam melaporkannya.

Bagi pengguna Waze di Selangor, sekiranya anda menemui sebarang jalan berlubang, anda boleh menekan kepada ikon Laporan, dan membuat pilihan “Bahaya Di Jalan“, serta memilih “Lubang“. Seterusnya anda boleh menghantar laporan berkenaan serta mengambil gambar untuk disertakan pada laporan berkenaan.

Waze Selangor

Pihak Berkuata Tempatan Negeri Selangor menyasarkan untuk memperbaiki lubang jalan yang dilaporkan dalam tempoh 5 hari bekerja.

Bagi anda yang menggunakan jalan raya di Selangor, jangan lupa gunakan Waze dalam membuat pelbagai laporan mengenai kerosakkan jalan raya.


TIPS & ULASAN