Intel Mengumumkan Kehadiran CPU Intel Pentium Silver Dan Celeron Untuk Komputer Berkuasa Rendah

Intel Mengumumkan Kehadiran CPU Intel Pentium Silver Dan Celeron Untuk Komputer Berkuasa Rendah

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Jika anda ingin membina sebuah komputer berkuasa rendah untuk kegunaan harian biasa seperti melayar laman web, menonton video di YouTube dan melakukan tugas menggunakan Microsoft Office, Intel baru sahaja mengumumkan kehadiran dua cip pemproses berkuasa rendah dibawah jenama Intel Pentium SIlver dan juga Intel Celeron.

CPU-CPU ini menggunakan rekaan CPU Gemini Lake yang dikatakan mempunyai prestasi 58 peratus lebih baik berbanding dengan komputer yang menggunakan cip pemproses Intel yang berusia empat tahun.

Kedua-dua siri CPU Pentium Silver dan Celeron ini hadir didalam bentuk CPU untuk komputer riba dan juga desktop, yang hadir dengan nama-nama model berikut:

Intel Pentium Silver:

  • Intel Pentium N5000 (Mobile)
  • Intel Pentium J5005 (Desktop)

Intel Celeron:

  • Intel Celeron N4100, N4000 (Mobile)
  • Intel Celeron J4105, J4005 (Desktop)

Dengan sokongan WiFi AC dan juga kebolehan untuk bertahan dengan satu pengecasan penuh selama sepuluh jam, CPU-CPU Pentium SIlver dan Celeron ini akan mula dijual didalam sistem-sistem laptop dan desktop berkuasa penuh bermula pada suku pertama 2018 kelak.


TIPS & ULASAN