Netflix Berkongsi Tabiat Penstriman Pelanggan Di Malaysia

Netflix Berkongsi Tabiat Penstriman Pelanggan Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Penstriman video mengubah bagaimana siri TV ditonton di seluruh di dunia. Sejak memulakan operasi di Malaysia tahun lalu, Netflix turut mengubah tabiat menonton TV di negara kita. Hari ini Netflix telah berkongsi pelbagai maklumat mengenai tabiat penstriman pelanggan di Malaysia.

Antara fakta menarik ialah musim kedua Stranger Thing ialah siri yang paling pantas ditonton. Pada waktu yang sama 4 September ialah hari dengan jumlah penstriman tertinggi di Malaysia. Di rantau Asia, Malaysia ialah negara dengan jumlah Binge Racers tertinggi. Binge Racers ialah penonton yang menonton sebanyak mungkin episod dalam satu hari. Adakah anda tergolong di dalam kelompok ini?


TIPS & ULASAN