Cari @ Amanz

Honor, ketika acara pelancaran Honor 7X di Malaysia, telah berkongsi mengenai Honor View 10 yang akan menyusul pada bulan Januari 2018 kelak. Selain daripadanya, pengeluar dari China berkenaan turut mengambil kesempatan mengumumkan kerjasama strategik bersama pihak DJI.

Honor DJI

DJI, seperti ramai sedia maklum adalah pengeluar dron terkemuka. Honor tidak berkongsi lanjut mengenai apakah yang kedua-dua pihak akan tawarkan buat masa ini – sama ada adakah mereka akan hadir dengan sebuah produk baru, atau sekadar seperti produk DJI dijual melalui platform dan pengedar Honor.

Namun, Honor Malaysia mengambil kesempatan untuk mempertontonkan sebuah video ringkas yang memperlihatkan kebolehan mengawal dron menggunakan telefon pintar Honor berasaskan input suara.

Bagi anda sendiri, apakah yang bakal dibawakan oleh kedua-dua jenama terkemuka dalam arena teknologi ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd