Cari @ Amanz

Leagoo merupakan salah satu pengeluar peranti dari China yang turut menawarka peranti mereka untuk pasaran tempatan. Leagoo sendiri sebelum ini pernah hadir dengan peranti dengan rekaan seumpama beberapa peranti popular lain – dan kini trend berkenaan dijangka diteruskan melalui Leagoo S9 akan datang.

Melalui gambar tertiris yang diterima oleh kami, bahagian hadapan dan belakang sebuah peranti baru diperlihatkan, dikatakan sebagai Leagoo S9 akan datang.

Leagoo S9

Leagoo S9

Tiada spesifikasi yang dikongsikan buat masa ini. Tetapi, ia dilihat akan menggunakan rekaan skrin ronggak dihadapan, selain turut menyertakan pengimbas cap jari dan dwi-kamera belakang.

Leagoo mungkin menyasarkan peranti ini kepada mereka yang tidak ingin berbelanja tinggi, tetapi inginkan sebuah peranti dengan rekaan seakan-akan sama seperti iPhone X.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Leagoo S9 ini akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd