Cari @ Amanz

Pada hari ini, ramai yang sedia menggunakan Twitter untuk berkongsi kisah atau pandangan yang panjang – dengan menggunakan kebolehan Tweet berangkai atau turut dikenali ramai sebagai “Thread”. Menyedari popularitinya, kini Twitter sendiri telah memperkenalkan fungsi berkenaan pada aplikasi mudah-alih mereka.

Twitter Thread

Bermula hari ini, apabila ingin menghantar Tweet, pengguna boleh memilih butang “+” bersebelahan dengan butang menghantar Tweet, sekaligus membolehkan anda menambah rantaian Tweet kedua, ketiga dan seterusnya.

Langkah ini membolehkan anda bersedia dengan kandungan, dan menghantarnya sekaligus – tanpa perlu menghantar satu demi satu Tweet dan menyusunnya secara rantaian seperti sebelum ini.

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini, dan mungkin diterima anda dalam sehari dua lagi. Ciri sama juga akan diperkenalkan pada versi web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd