Penggunaan Perisian Kaspersky Diharamkan Di Pejabat Kerajaan Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Dis 13, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perisian anti-virus Kaspersky Labs dengan mudah ditemui di dalam komputer riba kerana diberi secara percuma. Ia memastikan komputer terselamat dari serangan perisian hasad dan pencerobohan. Tetapi di Amerika Syarikat penggunaan perisian keluaran Kaspersky Labs telah diharamkan di pejabat kerajaan kerana bahaya intipan.

Arahan pengharaman ini ditandatangani sendiri oleh Presiden Donald Trump semalam. Oktober lalu laporan Wall Street Journal mendakwa fail sulit dari kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA)  telah dicuri menggunakan perisian Kaspersky. Pihak Kaspersky menolak tuduhan ini dan bersedia berkongsi fail sumber bagi membuktikan mereka tidak bersalah. Kerajaan AS sehingga kini masih belum menunjukkan bukti intipan dilakukan menggunakan perisian Kaspersky.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami