Cari @ Amanz

Asus Malaysia hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Asus Zenfone Max Plus M1. Telefon pintar ini akan dijual bermula daripada 20 Disember 2017 ini pada harga hanya RM899 – sekaligus menjadikannya sebagai antara peranti dengan skrin 18:9 pada harga kurang RM1000.

Asus Zenfone Max Plus M1

Asus Zenfone Max Plus M1

Asus Zenfone Max Plus M1 hadir dengan skrin 5.7-inci dengan nisbah 18:9, menggunakan cip MediaTek, memori sehingga 4GB RAM. Pada bahagian kamera belakang, ia menggunakan dwi-kamera 16MP+16MP, sementara untuk rakaman selfie ia menggunakan kamera 16MP. Asus menggunakan bateri berkapasiti 4130mAh bersama-sama dengannya.

Walaupun pada harga rendah, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik – termasuk rekaan berasaskan logam, dan turut menyertakan kebolehan nyah-kunci dengan kebolehan pengecaman wajah.

Asus turut menyertakan ciri kecantikkan selfie melalui kamera hadapan, selain turut menyertakan ciri khusus untuk ketahanan bateri yang lama. Asus menyertakan sokongan pengecasan pantas 10W untuk telefon pintar ini.

Asus Zenfone Max Plus M1

Asus menawarkan telefon pintar ini pada harga RM899. Menariknya, pihak Asus turut menawarkan kupon RM200 untuk Lazada ketika pra-tempahan antara 14-19 Disember 2017 kelak, selain turut menawarkan rebat sehingga RM200 untuk tukar beli peranti di kedai-kedai pengedar Asus seluruh negara.

Asus Zenfone Max Plus M1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd