Sambut Tahun Baru Anda Dengan Telefon Pintar Terkini Menerusi Pelan EasyPhone Dari Celcom

Sambut Tahun Baru Anda Dengan Telefon Pintar Terkini Menerusi Pelan EasyPhone Dari Celcom

Diterbitkan pada Dis 26, 2017 oleh .

Tahun 2017 bakal berakhir tidak lama lagi, dan terdapat banyak telefon pintar yang telah dilancarkan sepanjang tahun ini. Namun, sudahkah anda memiliki telefon pintar yang seiring dengan peredaran teknologi terkini?

Jika belum, Celcom menawarkan anda pelan EasyPhone dimana pelan ini menawarkan anda untuk membeli peranti dengan pembayaran secara ansuran selama 24 bulan. Pembayaran secara ansuran ini dikenakan ke dalam bil para pelanggan dan anda tidak perlu menggunakan kad kredit atau membayar pendahuluan untuk pembelian tersebut.

Celcom juga memberi kemudahan kepada pelanggan baru dan pelanggan yang telah mendaftar kurang daripada 12 bulan dengan kadar pembayaran pendahuluan dan perlindungan peranti yang rendah yang akan direbatkan dalam masa 3 bulan. Pembayaran ini bermula dengan harga serendah RM25 sebulan.

Dengan melanggan pelan ini, para pelanggan tidak akan terikat dengan pelan FIRST dan mereka bebas untuk memilih pelan yang mereka mahu apabila mereka mendaftar untuk telefon pintar Android atau iPhone dengan EasyPhone. Lebih daripada itu, Celcom turut mengatakan bahawa sebanyak 21 model peranti ditawarkan dibawah pelan EasyPhone dengan kadar bayaran bulanan yang rendah.

Model peranti tersebut terdiri daripada pelbagai jenis model peranti yang terkini keluaran Huawei, Oppo, Samsung dan juga iPhone. Dibawah merupakan pilihan model peranti yang diberikan oleh pelan EasyPhone daripada Celcom.

Berdasarkan pelan ini, anda diberi pilihan untuk memiliki peranti dengan pelan perlindungan atau tanpa perlindungan dengan harga mampu milik. Untuk peranti dengan perlindungan, peranti anda akan dilindungi dari sebarang kehilangan yang mungkin berlaku seperti kecurian, ragut, dan sebagainya. Para pelanggan juga tidak perlu risau kerana peranti anda akan diberi jaminan untuk sebarang kerosakan dan kemalangan yang terjadi disebabkan oleh cecair. Untuk penjelasan yang lebih lanjut berkenaan ini, anda boleh lihat di Device Protection untuk EasyPhone.

Jadi, ianya jelas bahawa pelan EasyPhone yang telah ditawarkan untuk peranti iPhone dan Android ini memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk memiliki peranti terkini dengan pembayaran bulanan mampu milik tanpa perlu memiliki kad kredit. Dengan tawaran ini, sekaligus ianya memberi anda peluang untuk menyambut tahun baru anda bersama telefon pintar yang baru dan terkini dengan pelan yang bagus daripada Celcom.

Beli: Telefon Pintar Terkini Dengan EasyPhone Dari Celcom

Penafian: Advertorial Dari Celcom




TIPS & ULASAN