Rekaan Nokia 6 (2018) Tertiris Dengan Skrin Nirbingkai

Rekaan Nokia 6 (2018) Tertiris Dengan Skrin Nirbingkai

Diterbitkan pada Dis 13, 2017 oleh .

Nokia 6 telah dilancarkan di Malaysia pada Mei yang lalu. Peranti kelas pertengahan ini mempunyai kerangka logam yang kukuh. Jika ada satu kekurangan ialah ia masih lagi menggunakan skrin 16:9. Tahun ini semakin banyak peranti kelas pertengahan mula menggunakan skrin nirbingkai. Rekan Nokia 6 (2018) telah tertiris dan nampaknya akan mengikuti trend semasa ini.

Seperti biasa sumber ketirisan ialah laman TENAA China. Seperti yang boleh dilihat di atas, skrin Nokia 6 (2018) adalah nirbingkai 18:9. Ini sama seperti yang ditemui pada rekaan Nokia 9 yang juga tertiris beberapa minggu yang lalu. Pada bahagian belakang ia masih mengekalkan penggunaan satu kamera sahaja dan pengimbas cap jari berbentuk bulat di bawah flash. Tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan tetapi pastinya bila-bila masa sahaja dari sekarang.


TIPS & ULASAN