Platform Pemasaran Sosial Dan Dompet Digital Presto Dilancarkan

Platform Pemasaran Sosial Dan Dompet Digital Presto Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 13, 2017 oleh .

Media sosial adalah platform pilihan untuk memasarkan produk dengan mudah. Peruncit tidak perlu membayar sewa ruang fizikal untuk memasarkan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Ia kini menjadi pilihan kerja sambilan bagi menjana pendapatan sampingan. Hari ini platform pemasaran sosial  dan dompet digital Presto telah dilancarkan di Malaysia dengan penawaran pulangan wang semula yang tinggi berdasarkan perkongsian ke media sosial.

Dengan Presto pengguna boleh mendapatkan tawaran menarik mengenai pelbagai produk dan perkhidmatan. Lebih banyak pelanggan membeli produk yang sama, lebih besar nilai pulangan wang semula (cash back) akan diterima oleh mereka. Pada waktu yang sama pelanggan juga digalakkan berkongsi tawaran ke media sosial. Sekali lagi lebih banyak pulangan wang semula akan diterima berkadar terus dengan jumlah perkongsian.

Presto sedikit unik kerana menggalakkan pelanggan pergi ke kedai fizikal untuk mengambi produk yang dibeli tanpa penghantaran oleh pihak penjual. Ganjaran turut boleh diterima dengan pembelian terus dari kedai fizikal.

Bermula tahun hadapan pula, perkhidmatan dompet digital pula akan ditawarkan kepada pengguna. Ini akan memudahkan pembelian secara nirtunai yang kini adalah adalah komponen penting bagi setiap platform e-dagang di Malaysia.

Muat turun aplikasi Presto versi Android dari Google Play

Muat turun aplikasi Presto versi iOS dari App Store


TIPS & ULASAN